AutoDeal.my
Home Info & Tips Panduan Beli Kereta Baru di Malaysia, Jom ikut Langkah Demi Langkah!

Panduan Beli Kereta Baru di Malaysia, Jom ikut Langkah Demi Langkah!

by AutoDeal.my
2.1K views

5/5 - (38 votes)

Membeli kereta baru adalah satu keputusan besar yang memerlukan penyelidikan dan perancangan yang teliti. Di Malaysia, proses ini boleh menjadi sukar jika anda tidak tahu langkah-langkah yang perlu diambil. Dalam Panduan Membeli Kereta Baru ini, kami akan membantu anda memahami bagaimana untuk membeli kereta baru di Malaysia dengan langkah dan proses berikut.

Artikel lain : Proton S50 Sedan Bakal Dilancarkan Hujung Tahun Ini?

Panduan Beli Kereta Baru

1. Penyelidikan Awal

Sebelum memulakan proses pembelian, lakukan penyelidikan tentang pelbagai jenama dan model kereta yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Cari maklumat mengenai prestasi, ciri-ciri keselamatan, prestasi bahan api, dan ulasan pengguna.

2. Tentukan Bajet Anda

Tetapkan had bajet yang realistik untuk memastikan bahawa anda tidak terlalu melebihi kemampuan kewangan terutamanya jika anda yang bercadang membuat pembelian secara pinjaman bank.

3. Hubungi Penasihat Jualan Berdaftar

Hubungi Penasihat Jualan yang berdaftar bagi menyatakan hasrat untuk pembelian kereta yang anda inginkan. Jika perlu, tetapkan temujanji bersama Penasihat Jualan untuk anda kunjungi Pusat Pameran bagi melihat jenama dan model yang anda minati secara langsung. Bertanya kepada Penasihat Jualan mengenai harga terkini, kiraan bayaran bulanan, promosi semasa, stok, tempoh jangkaan untuk terima kereta, dan pakej penjagaan selepas jualan.

4. Ujian Pandu Uji

Jika perlu, anda boleh mohon ujian pandu uji bersama Penasihat Jualan untuk model kereta yang anda pilih. Semasa ujian pandu uji, perhatikan keselesaan, kelancaran pemanduan, dan prestasi am kereta tersebut.

5. Buat Tempahan

Setelah anda berpuas hati dan bersetuju untuk pembelian, maklumkan kepada Penasihat Jualan untuk membuat tempahan. Kebiasaannya perlukan bayaran tempahan (Booking). Pastikan bayaran yang anda buat diberikan resit rasmi dan bayaran mestilah kepada Syarikat Pengedaran kereta tersebut, bukan kepada akaun Penasihat Jualan.

6. Urusan Pinjaman atau Pembayaran Tunai

Sekiranya anda memerlukan pinjaman, Penasihat Jualan akan uruskan dengan pihak bank mengikut perbincangan dan persetujuan anda bersama Penasihat Jualan. Anda juga perlu menyediakan dokumen lengkap seperti salinan Mykad, lesen memandu, penyata gaji dan penyata bank.

Bagi pembelian secara tunai, anda perlu membuat bayaran penuh sebelum kereta didaftarkan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

7. Tandatangan Perjanjian Pinjaman

Penasihat Jualan akan memaklumkan kepada anda status pinjaman bank. Jika pinjaman anda telah lulus dan anda bersetuju, dapatkan penjelasan lanjut tentang pinjaman anda. Tetapkan temujanji untuk anda tandatangan perjanjian pinjaman tersebut dengan pihak bank.

8. Pengagihan Kereta (Allocation)

Pihak syarikat, biasanya Pengurus Jualan akan menguruskan proses allocation kereta anda dan akan maklumkan status kepada Penasihat Jualan.

9. Pendaftaran JPJ

Pihak syarikat akan menguruskan proses pendaftaran kereta anda mengikut perbincangan awal anda bersama Penasihat Jualan. Jika ada bayaran ‘downpayment’, anda perlu menjelaskannya terlebih dahulu sebelum pihak syarikat mendaftarkan kereta baru anda dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

10. Penghantaran Kereta

Setelah semua urusan selesai, Penasihat Jualan akan menghubungi anda untuk aturkan penghantaran kereta baru atau anda boleh ambil di pusat pengedaran. Pastikan anda memeriksa kereta untuk sebarang kerosakan sebelum menerima penghantaran tersebut atau menandatangani dokumen pengesahan (Vehicle Delivery Order – VDO).

Penduan Membeli Kereta Baru

Kesimpulan

Membeli kereta baru boleh menjadi pengalaman yang mudah dan menarik jika anda mengikuti dan fahami langkah-langkah dan proses di atas dengan teliti. Ingatlah bahawa penyelidikan awal, perancangan bajet, dan pemahaman mengenai proses pembelian adalah penting dalam membuat keputusan yang terbaik. Semoga dengan panduan ini, anda dapat melangkah dengan yakin dalam proses membeli kereta baru anda.

Jika anda pertama kali ingin membeli kereta mungkin boleh pertimbangkan Skim Graduan seperti di bawah;

Untuk lihat senarai harga penuh kereta Perodua & Proton tekan link di bawah.

Related Articles