Table of Contents
Adakah benar Proton S50 akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2023? Sejak hujung tahun lepas lagi kelihatan di media sosial tersebar gambar-gambar Proton S50 yang dikatakan mempunyai rekaan lebih canggih dan elegan berbanding produk-produk sebelumnya.
Artikel lain : Proton S50 Sedan Akan Dilancarkan Lagi 2 Bulan?
Kereta sedan baharu yang dinantikan, Proton S50 dikhabarkan akan dilancarkan di pasaran Malaysia menjelang hujung tahun ini!
Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong, semasa majlis tandatangan kerjasama antara Proton dan Aapico baru-baru ini. Menurut beliau, model baharu ini tidak akan menggantikan mana-mana model sedia ada yang kini dijual oleh Proton.
Proton S50 Segmen B atau C?
Proton S50, atau mungkin akan diberi nama lain dalam versi rasminya kelak, menggunakan platform Modular Architecture (BMA) segmen-B yang sama dengan model popular Proton X50. Ini memberikan kelebihan kepada S50 dari segi fleksibiliti rekaan, ruang dalaman yang luas, keselesaan serta kawalan pengendalian yang lebih baik. Selain itu, sedan ini juga menawarkan ruang bagasi yang luas, mencapai sehingga 500 liter.
Menurut sumber, rekaan asal kereta ini menggunakan model kereta Geely Emgrand generasi terkini di China dan telah direka semula dengan memasukkan DNA Proton ke dalam kereta sedan ini yang berada di antara segmen B dan C.
Berapa Besar Saiz Proton S50?
Kelebihan menarik lain yang dimiliki oleh Proton S50 adalah saiznya yang lebih besar berbanding pesaing-pesaing dalam segmen-B. Fakta menarik ini berdasarkan kenyataan bahawa S50 berkongsi jarak roda yang sama dengan sedan segmen-C popular iaitu Proton Preve.
Walaupun Proton S50 berada dalam kategori saiz segment-C – dengan panjang 4,638 mm dan lebar 1,822 mm yang lebih dekat kepada Honda Civic dan Toyota Altis – dijangkakan harga jualannya lebih dalam lingkungan segmen-B. Ini bermakna, S50 kemungkinan akan bersaing dengan harga yang sepadan dengan Toyota Vios dan Honda City.
Enjin Apa Yang Akan Digunakan Proton S50?
Perkara yang paling menarik adalah berkenaan enjin yang digunakan dalam Proton S50. Ia kemungkinan akan dilengkapi dengan enjin 1.5 TGDI (Turbo Gasoline Direct Injection) yang sudah diperkenalkan oleh Proton di kilang pemasangan enjin baharu di Tanjung Malim. Enjin tiga silinder ini telah digunakan dalam beberapa jenama di bawah kumpulan Geely dan telah dijual dalam jumlah yang besar, termasuk dalam model X70 dan X50. Dari segi prestasi, enjin ini menghasilkan 177PS dan 255Nm, lebih bertenaga daripada enjin 1.5NA yang digunakan dalam Geely Emgrand di China yang hanya menghasilkan 141PS dan 147Nm.
Ciri-Ciri Keselamatan Proton S50
Selain itu, Proton S50 dijangka akan dilengkapi dengan sistem keselamatan dan bantuan pemanduan canggih seperti ADAS, yang telah menjadi ciri standard dalam barisan kereta Proton baharu.
Berapa Harga Proton S50?
Walaupun semua ciri-ciri menarik ini terdengar ‘promising’, penerimaan pasaran terhadap Proton S50 akan sangat dipengaruhi oleh faktor harga. Jika Proton dapat menawarkan S50 ini dengan harga permulaan sekitar RM60,000, kemungkinan besar sedan ini akan menjadi pilihan utama di pasaran, terutama bagi mereka yang ingin mencuba pengalaman memandu sedan yang selesa dan luas berbanding dengan SUV.
Sebagai perbandingan, sedan segmen B Persona berharga dari RM47,800 untuk CVT Standard 1.6L, RM53,300 untuk CVT Executive 1.6L, hingga RM58,300 untuk varian tertinggi CVT Premium 1.6L seperti yang tertera dalam senarai harga rasmi Proton.
Ini menunjukkan bahawa dengan kedudukan di atas Persona, harga bagi S50 akan mula dari kira-kira harga RM60,000, yang sesuai kerana ia dijangkakan menggantikan Preve tahun 2012 yang berharga dari RM59,990 semasa pelancarannya dan meningkat hingga RM72,990 untuk varian tertinggi ketika Preve membuat kemunculan.
Kesimpulan
Sebagai sebahagian daripada perancangan Proton untuk menyambut era baharu dalam industri automotif negara, tidak mustahil Proton S50 akan menjadi pilihan yang diminati ramai. Kita perlu tunggu pengumuman rasmi daripada Proton untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model sedan yang dinanti-nantikan ini.
Bagi peminat setia Proton dan pencinta automotif, pantau terus laman web rasmi Proton, siaran akhbar, dan sumber berita automotif yang terpercaya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Proton S50. Bersama-sama kita nantikan berita gembira dari Proton!