...
Home Proton Proton S70 Bukan S50! Sedan Baharu Proton Membuat Kemunculan, Bakal Dilancarkan Pada November 2023!

Proton S70 Bukan S50! Sedan Baharu Proton Membuat Kemunculan, Bakal Dilancarkan Pada November 2023!

by AutoDeal.my
2.4K views

5/5 - (71 votes)

Berita hangat baru-baru ini tersebar berhubung pelancaran model sedan baharu daripada Proton yang pada mulanya dikenali sebagai Proton S50 atau SS11. Bagaimanapun, berita gembira ini datang dengan kejutan bahawa model ini kini dipanggil Proton S70, dan dijangkakan pelancarannya adalah pada November tahun ini.

Proton S70

Pada Mac tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong, telah memberi jaminan bahawa Proton S50 atau S70 tidak akan menggantikan mana-mana model Proton yang ada di pasaran pada masa ini.

Rasa ingin tahu dan teruja orang ramai menunggu kemunculan kereta ini semakin memuncak apabila muncul gambar-gambar di media sosial yang menunjukkan Proton S70 sedang menjalani penggambaran untuk tujuan promosi di jalan raya.

Bagi mereka yang meragui nombor plat kereta ini, ada satu elemen yang menarik perhatian. Ia adalah ketiadaan digit antara huruf ‘S’ dan ‘0’ pada nombor plat hadapan dan belakang. Ramai yang membuat spekulasi bahawa ini mungkin sebahagian daripada teaser untuk iklan yang akan datang.

Proton S70 berasaskan Geely Emgrand, model yang telah terbukti cemerlang dalam pasaran sedan. Dengan dimensi yang lebih besar daripada Proton Preve, Proton S70 berukuran 4,638mm panjang, 1,820mm lebar dan 1,460mm tinggi.

Lebih menarik ialah bahagian dalam kereta ini. Ia dijangka mempunyai reka bentuk sama seperti Proton X50 dengan skrin besar 10.25 inci pada paparan yang menggabungkan teknologi Ekosistem Pintar GKUI. Di samping itu, pengguna akan dihidangkan dengan meter digital setinggi 12.3 inci.

Bagi mereka yang berminat dengan kuasa, Geely Emgrand yang dijual di pasaran China dilengkapi dengan enjin 1.5 liter NA yang mampu menghasilkan kuasa 114hp dan tork 147Nm, serta digandingkan dengan transmisi CVT.

Antara yang dinanti-nantikan ialah harga Proton S70. Laporan sebelum ini mendedahkan model ini dijangka mempunyai harga permulaan sekitar RM70,000.